Dreams Come True?

Im lost! aku bingung sekarang ni. banyak perkara yang bermain di fikiran aku. aku nak buat macam-macam. tapi, mungkin tiada restu dari Allah. aku buat silap banyak. terutamanya dengan Allah. aku patut minta ampun/taubat. 

aku ada impian. tapi, mungkin dengan dosa aku yang menggunung, impian aku mungkin pudar. honestly, aku cakap, aku ingin menjadi seorang yang terkenal. setiap yang aku minta ada sebabnya. aku bukan sengaja nak jadi popular semata-mata seronok. aku nak tunjuk bahawa, manusia yag diejek, dicaci, dibenci ini boleh bangkit. aku dibenci, termasuk dengan saudara mara aku. aku tak tahu, mungkin ini cuma perasaan aku? 

aku nak keluar dari kepompong Alor Pongsu ini, untuk mengejar cita-cita. aku tak sabar untuk semua tu. aku baca, orang yang mempunyai cita-cita yang tinggi ataupun impian ni, tidak akan gagal, kerana dia selalu mengimpikan apa yang dia nak. kiranya, impian ini macam satu doa ataupun biji benih untuk kita berjaya. tapi, aku takut, dengan hanya bermimpi, aku gagal untuk mendapatkan apa yang aku impikan. setahu aku, jika kita nak daoatkan sesuatu, kita mesti berusaha. bila refleks kepada diri aku, aku rileks. tiada usaha. walaubagaimanapun, aku masih melakukan kerja grafik untuk menjadi seorang pereka grafik. tambah-tambah, peperiksaan PT3 tahun 2014 nak dekat. aku rilek. aku takut juga, target aku 5A 1B takkan tercapai. aku tahu kemampuan aku, subjek Math, sudah pastinya tidak dapat aku skor A. bagi aku, nak skor A dalam Math memerlukan aku untuk belajar semula dari bab 1 tingkatan 1. satu persatu. mustahil.

aku pasti, tiada usaha yang sia-sia. aku mesti skor 5A 1B!

Instant Noodles? No!

Patut la aku rasa lain macam ja bangkit pagi tadi. rasa, risau, gelisah, sakit dada ni tau fikirkan apa yang akan berlaku di sekolah. biasalah pukul 1-2 pagi baru aku tidur, tu pun terpaksa sebab nak siapkan homework. langsung rasa tak boleh tidur. 




bila bangun pagi tu, lagi la rasa 'kelam' dalam hati. hanya Allah yang tau apa perasaan aku. aku mandi macam biasa. tiba-tiba, perut aku sakit. aku pun tak ambil kisah sangat. aku pergi sekolah macam biasa dengan sakit perut yang agak-agak boleh tahan la. aku pun rasa tak sedap hati jugak. nak patah balik, nanti rugi tak pergi sekolah. sebelum aku tidur malam tu, aku makan mi segera Sedaap tu. Having supper at 12 am in the mid night. aku tambah sos paste ke dalam mee tersebut. sedap tu tak sangat, pedas la.

sampai di sekolah, hari Isnin kan, ada perhimpunan rasmi. tragedy ini berlaku semasa nyanyikan lagu Negaraku. aku rasa nak pitam, perut nak meletup, tekak aku rasa loya sangat. aku tak tahan, terus kebelakang barisan sebab pada mulanya aku duduk di hadapan. situasi bertambah lebih buruk kalau aku tak bergerak ke belakang barisan. aku loya, tak tahan lagi, aku rasa tenggelam, bengang telinga dibuatnya. aku terus mengambil keputusan untuk lari ke tandas yang berdekatan.

tidak sampai lagi, aku terus muntah tanpa hiraukan keadaan sekeliling. tapi, aku dalam keadaan berlari ke tandas. mulut aku penuh dengan mee segera yang aku makan semalam. tolong, anda pun mula rasa tak kena kan? jangan teruskan. hahaha. dan pabila aku sampai ke tandas, aku terus muntah lebihan mee tadi.

perasaan aku bercampur baur. aku susahkan orang? terkena orang ke muntah aku tadi? aku terus basuh mulut aku, kurungkan diri aku dalam tandas. pengawas yang bertugas, pun turut bergegas ke tandas untuk tanya keadaan aku. aku malu, terus ke tandas lagi satu ke tingkat atas bangunan. aku kunci diri aku dalam tandas tersebut. agak lama aku dalam tandas tu. bau busuk tidak aku hiraukan. aku memikirkan apa sebabnya benda ini berlaku.

sehingga lah kawan aku datang, bertanyakan keadaan aku. aku mengambil keputusan untuk pulang kerumah. mana tidak nya, seluar aku, terkena muntahan aku sendiri semasa aku berlari ke tandas tadi. aku cuci, aku duduk dalam bilik kaunseling. kira-kira lama jugak aku berada di situ, sampai cikg kaunseling masuk, terkejut melihat aku di sofa bilik tersebut. sampai lah guru bertugas nak hantarkan aku pulang.

ujian demi ujian, nombor telefon tokpah aku pula aku tak ingat. tak tertulis dimana pun. sebelum aku pulang, aku perlu memberitahu penjaga aku dulu. Jadi, tunggu lah aku dalam bilik kaunseling tersebut sampai waktu rehat. akhirnya, aku dapat juga pulang kerumah dengan bantuan cikgu bertugas tadi. Lega aku.

tak usah la aku risau lagi untuk 'membenamkan muka aku ke tanah' akibat malu atas kejadian tadi. cikgu bertugas tersebut adalah guru mata pelajaran seni aku, aku terhutang budi dengan cikgu aku. Terima kasih cikgu kerana menyelamatkan keadaan.

kalau tidaknye panjang berjela lagi kisah ni, cukup la sampai situ ja. sumpah, mulai sekarang, aku fobia dah dengan mee segera. takkan ku lupa kejadian ini.

Tidy up Room

Hello there!
So, yesterday morning at 3 am (i have no idea why am I not sleepy yet), rasa rajin aku terus datang nak kemas bilik aku. biasa lah dengan mug cawan tinggal atas meja, mangkuk nasi aku, duhh.. Teenage, biasa lah. Well, dah kemas.. ini hasilnya..


Old PC Tower Case

creative ehh?

Add caption

my workspace.. Fans of Jamies World!

my side bed 'table'? 

left below foot bed side

yepp, itu PC Tower lama I. dalam otak ni, mesti fikir, apa aku nak buat dengan case ni? haritu la, kemas-kemas bilik store, jumpa PC Tower ni.. memang tak boleh guna dah sebab hard drive rosak. So I decided nak bukak semua benda dalam tu. segala mother board, CD Drive, bla bla bla habih di keluarkan. mula-mula tak tau lagi pun nak buat apa dengan benda tu. tapi, aku mesti simpan, sebab satu hari nanti mesti aku akan buat sesuatu dengan benda ni..So, turn up, this day, aku dh buat 'shalf'.. unik ek? hahahah

Teen Boy Outfits with Syahmi

Hello all beautiful handsome people who reading my bloog right now!!
aku tak pernah pun nak post sesuatu yang produktif macam ni. Jap, produktif ke ni? LOL. Well, I love fashion very much, tapi tak ade kewangan je nak berbelanja untuk outfit apa semua. hanya cuci-cuci mata. tapi, bila keluar pergi mana-mana pun aku tetap bergaya macam other sexy teen bloys.. LOL. For me, simple is more stylish. Cukup dengan Jeannies, shoe, and t-shirt yang sesuai. So, semalam, saja-saja 'ngintai' teen boy outfits in pinterest, jumpa 2 outfits yang betul-betul sesuai dengan style I. Without further a do, bawah adalah a quick review mengenai 2 outfits yang aku jumpa di Pinterest semalam.



Hampa ada account Pinterest ka?? Uiiii, cheq pun ada.. Mai la jemput tengok, board/pin cheq di Pinterest. (Click the link)

Trip to Kuala Kangsar | Meeting my parent (Update)

Its been ages tau tak nak tunggu ada internet ni apa semua. cuaca tak berapa elok di siang hari, so memang susah nak update blog. langsung tak boleh bukak internet even Google homepage. OK, enough talking about the internet, well Im back to show you guys some of my adventure trip to Kuala Kangsar. Most of them photos lah, aku keluar rumah lepas subuh lagi. Nak singgah pasar pagi dekat Lembah. Nak cari barang-barang dapur untuk masak rumah mak - abah. Dah selesai, baru la patah balik ke Sungai Siput.



Picnic
goodies
hard to chooooose

Me here!
Facing another road


Packing stuff..
Singing in the rain... 

I found something!
Yummy!
Me!


This is how it looks like in Pasar Pagi Lembah, Kuala Kangsar
Calm down spiky!
I found myself.. in Cat way.. #foreveralone

Official Facebook Page, trip to Kuala Kangsar & had a great time with beloved granny

Alhamdulillah! Allah dah bagi aku satu idea yang bernas tentag facebook page lama aku. aku buat facebook page aku tu pun hanya lah suka-suka. nak popular macam tu je la konon nye.. padahal langsung tak guna pun. tak update pun status dalam tu. letak 2-3 gambo tapi ade jugak 20+ orang yang Like pages tu. So, kaitan antara blog aku ni pulak, aku pun nak jugak share benda-benda baru dalam blog aku ni dekat facebook. tapi, aku takut rakan-rakan dalam personal facebook aku tu ha yang runsing dengan aku punya status. dah la aku tulis panjang-panjang, mana la tak runsing nya.

So, I decided nak tukarkan facebook page lama I tu, kepada facebook page khas untuk Story of Syahmi Life blog!! yay!! 



dan, akhirnya petang tadi, I had a great time with my granny di taman 'Syurga Kertas' milik nenek ku.. yaa, Im so freakin lucky sebab tinggal dengan nenek sendiri dikampung yang ada taman bunga sendiri di rumah. Nak gambar? Ok, in the next post, kita tengok sama-sama tau.. haha

Ouhh, ya satu lagi.. hari ahad yang lalu, aku, nenek, dan makcik aku, ada pergi jalan-jalan dekat Kuala Kangsar. Visiting my parent dekat Sungai Siput. So, I ade je tangkap gambar along perjalanan I dekat sana. tapi, unfortunately, phone aku pulak tertinggal rumah mama&abah aku. so tak dapat nak update lagi gambar-gambar tu. Esok la In Sha Allah, mama aku kirim dekat makcik aku yang ada dekat Jalong nak bawak balik sini. That it for today update! See you in another exciting day!

I realize...

Sometime, we should realize what we have done, learn from it. Jangan asyik ikut kepala saja kan? 




macam tu la aku selalu motivate diri aku. as everybody keep saying that, we're all not perfect. Yes. kita buat salah, dan kita boleh belajar balik dari kesalahan tersebut. terutamanya teens. kita patut buat macam tu, fikir semula, apa yang kita dah lakukan. 

Is it a test or punishment?

Aku masih keliru ianya adalah satu ujian atau pun balasan yang diberi oleh Allah kepada ku. Hidup dalam kesunyian. tiada telinga yang mahu mendengar ku. Its beautiful when we met someone that let us forget our problem. kadang-kadang aku percaya ianya adalah satu ujian. dan pabila di kenang semula dosa aku, aku pikir sememangnya ia satu balasan. if it a punishment for me on earth, is it going to last forever? Only God know the truth. 

mungki satu ujian untuk ku teruskan. 

Life is getting harder

     Life is getting harder pabila benda yang aku adore selama ni hilang macam tu saja. I miss my camera.





my Samsung ES90 was been stole by some people who really think its a good idea. benda ni ah lama dah, dari tahun lepas lagi. camera tu la aku gune untuk capture kehidupan aku. event dalam hidup aku. Selain menulis, aku pun buat video log jugak. Hobi aku memang suka tengok video-video dalam youtube mengenai kehidupan seseorang tu. English Youtuber should I say. Talking about it, aku memang ada buat channel untuk diri aku sendiri. click HERE to watch it. Believe it or not, aku filming dengan webcam laptop aku saja.. Do you think Im a lunatic? memang tak masuk akal kalau pegi jalan mana-mana tempat, melancong or else, bawak laptop while filming with the webcam.. People think Im crazy, but that what I always do. 

Telling about the new Blog

Hello there!

arrggghh! its almost 12:35 in the morning and I still cant let my eyes rest. Aku terlampau memikirkan tentang blog aku ni. latar belakang nak letak apa, header?


meskipun aku memang genius dalam mereka cipta or design a new art for my blogspot, I still hoping that I can change THE WHOLE blog into my personal looks.. macam reka sendiri tema blog dan gunakan dengan cara HTML or else? tapi, aku langsung tak ada ilmu mengenai HTML ni apa semua. aku memang ade sorang kawan yang betul-betul tau dalam HTML code ni, tapi segan la pulak. Hes my senior and he doesnt seem to like me jugak la.. LOL.. belajar sendiri? pening la kepala aku nak pikir kod-kod ni apa semua.. tapi, sure did aku memang ada design tema untuk personal blog aku. In Sha Allah, suatu masa nanti, aku mesti guna..

Salam Perkenalan!

Bismillahirohmanirrohim,

Hello there! Assalamualaikum dear readers!

  Alhamdulillah, aku cuba untuk mencari jalan untuk luahkan perasaan aku, selain dari Facebook, aku rasa di tinggalkan, dibenci oleh orang sekeliling. Sebelum tu, nama aku Syahmi. Seorang pelajar yang masih berumur 15 tahun yang rasa dirinya dibenci oleh orang sekeliling. Samada ya atau tidak, aku masih memikirkan perkara tersebut. Orang membenci aku? Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan aku bakat dalam mereka grafik dan juga bakat dalam seni fotografi. Aku masih keliru, Allah telah menganugerahkan aku bakat ini, adakah aku patut guna? Mungkin ya, untuk masa depan aku. Aku memang ingin menjadi seorang pereka grafik dan fotografer yang terkenal. Terkenal? Mengapa? Sekarang, mungkin aku dibenci oleh orang ramai, dikutuk ataupun dicaci oleh sifat/perwatakan aku yang lemah lembut. Menjelang usiaku 20-an, aku mesti berusaha untuk menjadi seorang yang produktif. Aku lain dari orang sekeliling aku. Aku terlampau memikirkan hal masa depan aku, dan mempunyai impian yang besar. Impian aku, ingin menjadi seorang yang terkenal dengan seni aku. Munkin ianya berbunyi seperti menunjuk, tapi cukuplah aku dicaci, dikutuk, dibenci pada usia ku sekarang. Aku 'benci' dengan kehidupan aku sekarang, dan aku perlu mengubahbya. Walaupun aku benci dengan kehidupan aku sekarang, aku tetap bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada aku. Segalanya, termasuk hidup ku dimuka bumi ini. Tidak terlintas difikiran aku untuk menamatkan hidupku di dunia ini dengan cara 'suicide'. Aku fikir, hidup aku didunia yang kurang amalan dan kebajikan, tambah pula dengan membunuh diri, menjamin kebahagiaan di Syurga? Sudah semestinya tidak. Segalanya, bermula dari hati. Tujuan aku, menubuhkan blog peribadi ini adalah untuk berkongsi dengan dunia kehidupan aku sebagai seoang pelajar yang berimpian besar. Mungkin setengah orang tidak mahu dirinya dikenali orang dunia, dengan lebih mesra dipanggil 'anonymous'. Tapi, aku lebih suka diriku kenali ramai. 'Confuse' dengan pernyataan tersebut. Kenapa? Mungkin, itu 'style' aku? Aku seorang yang sombong, jika dipandangan orang. Tetapi aku disebaliknya. Perwatakan aku, seorang yang matang, ceria, dan positif. Says the one who think that he is being hated by people around him. LOL. Ketika ini, muncullah perwatakan aku yang selalu fasih berbahasa inggeris, dan happy-go-lucky? Jangan terpedaya dengan penulisan aku yang agak 'gramatis'. Aku selalunya lebih suka tulis dengan 'bahasa rojak'. Inglish sikit, tambah Melayu. Mungkin pembaca fikir yang saya ni pengkhianat bahasa bukan? Tidak.. Mungkin saya seorang begitu, tapi, saya tak pernah gunakan bahasa rojak yang bukan-bukan ataupun mengarut. Saya lebih suka mempraktikkan tulisan yang penuh ejaannya. "x dak la nak kata aku ni suka sangat tulih penuh2 ni, kadang malaih jaa".. Ya, saya anak kelahiran Perak. 
Follow my blog with Bloglovin