Salam Perkenalan!

Bismillahirohmanirrohim,

Hello there! Assalamualaikum dear readers!

  Alhamdulillah, aku cuba untuk mencari jalan untuk luahkan perasaan aku, selain dari Facebook, aku rasa di tinggalkan, dibenci oleh orang sekeliling. Sebelum tu, nama aku Syahmi. Seorang pelajar yang masih berumur 15 tahun yang rasa dirinya dibenci oleh orang sekeliling. Samada ya atau tidak, aku masih memikirkan perkara tersebut. Orang membenci aku? Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan aku bakat dalam mereka grafik dan juga bakat dalam seni fotografi. Aku masih keliru, Allah telah menganugerahkan aku bakat ini, adakah aku patut guna? Mungkin ya, untuk masa depan aku. Aku memang ingin menjadi seorang pereka grafik dan fotografer yang terkenal. Terkenal? Mengapa? Sekarang, mungkin aku dibenci oleh orang ramai, dikutuk ataupun dicaci oleh sifat/perwatakan aku yang lemah lembut. Menjelang usiaku 20-an, aku mesti berusaha untuk menjadi seorang yang produktif. Aku lain dari orang sekeliling aku. Aku terlampau memikirkan hal masa depan aku, dan mempunyai impian yang besar. Impian aku, ingin menjadi seorang yang terkenal dengan seni aku. Munkin ianya berbunyi seperti menunjuk, tapi cukuplah aku dicaci, dikutuk, dibenci pada usia ku sekarang. Aku 'benci' dengan kehidupan aku sekarang, dan aku perlu mengubahbya. Walaupun aku benci dengan kehidupan aku sekarang, aku tetap bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada aku. Segalanya, termasuk hidup ku dimuka bumi ini. Tidak terlintas difikiran aku untuk menamatkan hidupku di dunia ini dengan cara 'suicide'. Aku fikir, hidup aku didunia yang kurang amalan dan kebajikan, tambah pula dengan membunuh diri, menjamin kebahagiaan di Syurga? Sudah semestinya tidak. Segalanya, bermula dari hati. Tujuan aku, menubuhkan blog peribadi ini adalah untuk berkongsi dengan dunia kehidupan aku sebagai seoang pelajar yang berimpian besar. Mungkin setengah orang tidak mahu dirinya dikenali orang dunia, dengan lebih mesra dipanggil 'anonymous'. Tapi, aku lebih suka diriku kenali ramai. 'Confuse' dengan pernyataan tersebut. Kenapa? Mungkin, itu 'style' aku? Aku seorang yang sombong, jika dipandangan orang. Tetapi aku disebaliknya. Perwatakan aku, seorang yang matang, ceria, dan positif. Says the one who think that he is being hated by people around him. LOL. Ketika ini, muncullah perwatakan aku yang selalu fasih berbahasa inggeris, dan happy-go-lucky? Jangan terpedaya dengan penulisan aku yang agak 'gramatis'. Aku selalunya lebih suka tulis dengan 'bahasa rojak'. Inglish sikit, tambah Melayu. Mungkin pembaca fikir yang saya ni pengkhianat bahasa bukan? Tidak.. Mungkin saya seorang begitu, tapi, saya tak pernah gunakan bahasa rojak yang bukan-bukan ataupun mengarut. Saya lebih suka mempraktikkan tulisan yang penuh ejaannya. "x dak la nak kata aku ni suka sangat tulih penuh2 ni, kadang malaih jaa".. Ya, saya anak kelahiran Perak. 
Follow my blog with Bloglovin

No comments:

Post a Comment