Dreams Come True?

Im lost! aku bingung sekarang ni. banyak perkara yang bermain di fikiran aku. aku nak buat macam-macam. tapi, mungkin tiada restu dari Allah. aku buat silap banyak. terutamanya dengan Allah. aku patut minta ampun/taubat. 

aku ada impian. tapi, mungkin dengan dosa aku yang menggunung, impian aku mungkin pudar. honestly, aku cakap, aku ingin menjadi seorang yang terkenal. setiap yang aku minta ada sebabnya. aku bukan sengaja nak jadi popular semata-mata seronok. aku nak tunjuk bahawa, manusia yag diejek, dicaci, dibenci ini boleh bangkit. aku dibenci, termasuk dengan saudara mara aku. aku tak tahu, mungkin ini cuma perasaan aku? 

aku nak keluar dari kepompong Alor Pongsu ini, untuk mengejar cita-cita. aku tak sabar untuk semua tu. aku baca, orang yang mempunyai cita-cita yang tinggi ataupun impian ni, tidak akan gagal, kerana dia selalu mengimpikan apa yang dia nak. kiranya, impian ini macam satu doa ataupun biji benih untuk kita berjaya. tapi, aku takut, dengan hanya bermimpi, aku gagal untuk mendapatkan apa yang aku impikan. setahu aku, jika kita nak daoatkan sesuatu, kita mesti berusaha. bila refleks kepada diri aku, aku rileks. tiada usaha. walaubagaimanapun, aku masih melakukan kerja grafik untuk menjadi seorang pereka grafik. tambah-tambah, peperiksaan PT3 tahun 2014 nak dekat. aku rilek. aku takut juga, target aku 5A 1B takkan tercapai. aku tahu kemampuan aku, subjek Math, sudah pastinya tidak dapat aku skor A. bagi aku, nak skor A dalam Math memerlukan aku untuk belajar semula dari bab 1 tingkatan 1. satu persatu. mustahil.

aku pasti, tiada usaha yang sia-sia. aku mesti skor 5A 1B!

No comments:

Post a Comment