Instant Noodles? No!

Patut la aku rasa lain macam ja bangkit pagi tadi. rasa, risau, gelisah, sakit dada ni tau fikirkan apa yang akan berlaku di sekolah. biasalah pukul 1-2 pagi baru aku tidur, tu pun terpaksa sebab nak siapkan homework. langsung rasa tak boleh tidur. 




bila bangun pagi tu, lagi la rasa 'kelam' dalam hati. hanya Allah yang tau apa perasaan aku. aku mandi macam biasa. tiba-tiba, perut aku sakit. aku pun tak ambil kisah sangat. aku pergi sekolah macam biasa dengan sakit perut yang agak-agak boleh tahan la. aku pun rasa tak sedap hati jugak. nak patah balik, nanti rugi tak pergi sekolah. sebelum aku tidur malam tu, aku makan mi segera Sedaap tu. Having supper at 12 am in the mid night. aku tambah sos paste ke dalam mee tersebut. sedap tu tak sangat, pedas la.

sampai di sekolah, hari Isnin kan, ada perhimpunan rasmi. tragedy ini berlaku semasa nyanyikan lagu Negaraku. aku rasa nak pitam, perut nak meletup, tekak aku rasa loya sangat. aku tak tahan, terus kebelakang barisan sebab pada mulanya aku duduk di hadapan. situasi bertambah lebih buruk kalau aku tak bergerak ke belakang barisan. aku loya, tak tahan lagi, aku rasa tenggelam, bengang telinga dibuatnya. aku terus mengambil keputusan untuk lari ke tandas yang berdekatan.

tidak sampai lagi, aku terus muntah tanpa hiraukan keadaan sekeliling. tapi, aku dalam keadaan berlari ke tandas. mulut aku penuh dengan mee segera yang aku makan semalam. tolong, anda pun mula rasa tak kena kan? jangan teruskan. hahaha. dan pabila aku sampai ke tandas, aku terus muntah lebihan mee tadi.

perasaan aku bercampur baur. aku susahkan orang? terkena orang ke muntah aku tadi? aku terus basuh mulut aku, kurungkan diri aku dalam tandas. pengawas yang bertugas, pun turut bergegas ke tandas untuk tanya keadaan aku. aku malu, terus ke tandas lagi satu ke tingkat atas bangunan. aku kunci diri aku dalam tandas tersebut. agak lama aku dalam tandas tu. bau busuk tidak aku hiraukan. aku memikirkan apa sebabnya benda ini berlaku.

sehingga lah kawan aku datang, bertanyakan keadaan aku. aku mengambil keputusan untuk pulang kerumah. mana tidak nya, seluar aku, terkena muntahan aku sendiri semasa aku berlari ke tandas tadi. aku cuci, aku duduk dalam bilik kaunseling. kira-kira lama jugak aku berada di situ, sampai cikg kaunseling masuk, terkejut melihat aku di sofa bilik tersebut. sampai lah guru bertugas nak hantarkan aku pulang.

ujian demi ujian, nombor telefon tokpah aku pula aku tak ingat. tak tertulis dimana pun. sebelum aku pulang, aku perlu memberitahu penjaga aku dulu. Jadi, tunggu lah aku dalam bilik kaunseling tersebut sampai waktu rehat. akhirnya, aku dapat juga pulang kerumah dengan bantuan cikgu bertugas tadi. Lega aku.

tak usah la aku risau lagi untuk 'membenamkan muka aku ke tanah' akibat malu atas kejadian tadi. cikgu bertugas tersebut adalah guru mata pelajaran seni aku, aku terhutang budi dengan cikgu aku. Terima kasih cikgu kerana menyelamatkan keadaan.

kalau tidaknye panjang berjela lagi kisah ni, cukup la sampai situ ja. sumpah, mulai sekarang, aku fobia dah dengan mee segera. takkan ku lupa kejadian ini.

No comments:

Post a Comment